yang sudi singgah....

Wednesday, December 5, 2012

kelas japanese puff..

bulan lepas kita pi kelas japenese puff kat caramel factory shah alam. best gak. fun and enjoy....





hulu rening...





cantek tak... selalu air jernih. tp hari tu hujan so tk jernih sangat. sungai di satu perkampungan di hulu rening, batang kali. suke pi sini bila sempat.

cuba bandingkan

rujuk entri mac 2011 tepi pagar... inilah pokoknye. dah tinggi.


Wednesday, September 19, 2012

baru ku tahu....

salam semua.
lama kita mnyepi. banyak yg terjadi dalm tempoh kita tak bersiaran.lama kita perhatikan, semakin banyak yang kita boleh simpulkan. kita bukanlah orang yang layak berblog. banyak kekurangan dalam diri ini, dalam kehidupan sehari2, dalam apajua jika dibanding dgn rakan bloggers yg lain. betapa jauhnye jurang antara kita dgn yg lain. sebenarnya kita rasa dah nak tutup blog ni pada ulangtahun pertama bulan julai yang lalu. tp tak berkesempatan nak wat. kita tak sehebat rakan2 lain dalam bercerita, dalam aktiviti semasa dalam segalanye la. mungkin selepas ni tak de lagi cerita dr kita. tak de lagi post terkini dr kita. hanya waktu dan keadaan yang akan menentukan.

antara peristiwa yang berlaku dalam tempoh lebih kurang 5 bulan kita tak menjengah di sini ialah, kita kehilangan orang yang disayang sebelum raya yang lepas.bukan sorang tapi dua orang. kedua2 mak dan abah kita meninggal dalam tempoh 38 hari. arwah abah meninggal pada16 jun 2012 dan arwah mak mengikut pada 23 julai iaitu 3 ramadhan yang lalu. sedih sangat2 tapi nak wat macamana. siapa lah kita untuk melawan takdir. mujur ada suami dan anak2 penguat semangat. tiada sambutan hari raya wat kita. tak de lagi rendang ayam mak yang selalu masak, dimakan dengan ketupat yang kita rebus. tak de lagi lemang yang abah bakar di petang raya. semua tu kini tinggal kenangan.

rasanye cukup la untuk kali ni. kita tak leh nak tulis lagi. mata kita dah pedih. dah tak nampak screen, dah kabur....semoga arwah abah dan mak kita sejahtera di sana, amin.
terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Thursday, April 26, 2012

meh crite pasal aktiviti lain..

meh dekat sket. kita nak crite pasal aktiviti kita selain g kebun di hujung minggu. nak tau apa hobi kita? apa lagi, masak, masak, dan masak. eh bukan masak, baking, baking dan baking... haaaa baru betul. sebenarnya, dua2 pun kita suke. satu kepuasan bila dapat baking dan masak sesuatu yg anak2 suke makan. antara yang kita wat baru-baru ni dan lama-lama dulu, mushroom soup resepi dr dapur jejaka sedenak. sapa lagi kalau bukan cik mat gebu, garlic finger bread dr izah the muffin lover yg dpt dr tun telani, ika n kwn2 lain, red velvet marble cheese brownies dr dapur kak ummi kuantan dan banyak lagi la. satu hari tu kita pernah try masak daging kaprau resepi dr dapur kak jee. memang sedap. kita ni crite aje la. benda semua dah tak de sbb bila hari2 fre kita wat n budak2 makan. mana nak ada lg ye tak. gambor pun ada yang sempat snap ada yg langsung lupa nak snap. kita ni bukan le bloggers tegar. nyambil, nyambil je bila sempat tp selalu je fre pi jenguk dapur kawan2 sampai ke singapore (rima),  melben (TTM)  n usa lagi (si my kitchen snippets). jauh tu kita bjalan carik resepi. mana sempat kita try, yang tak sempat simpan dulu dlm list.

haaa, kat sini ada sket gambor yang sempat snap guna kamera handpon cikai....

ni cistat kita ambik resepi kat dapur azlita masam manis dr JB. resepi ni pun rujukan dr kwn lain tp tak ingat sapa. mintak ampun ye...

 ni dia red velvet marble cheese brownies, memang sedap. wat masa kat opis ada jamuan perpisahan. selalu kita wat choc marble cheese brownies, kali ni tukar pulak.

 haaa, yang ini projek anak pompuan ku. rainbow cupcake, pun ambik dr dapur ita masam manis. mintak halal ye ita. 

ni rainbow cupcake selepas diaisingkan sebab nak bagi lecturer sebelum habis sem hari tu. lecturer pun kata sedap cupcake ni.

kita mintak maap kat kengkawan semua, gambor idak le lawa benor. bukan dslr kan. yg penting ada peristiwa untuk dirakamkan. dan mintak maap juge kat kawan2 yang tak disebutkan di sini tp rasa2 resepi tu sumber dr mereka. maap banyak, banyak.... kawan2 sudi kongsi ilmu, kita pun cube le mana yang kita suke. terima kasih semua, moga Allah membalas jua perkongsian kalian.

pokok gaharu 'hybrid'

salam semua,

pernah dengar pokok gaharu jenis ni? ada pembekal yang bekalkan pokok jenis ni. hege agak mahal sket tp cepat besor katanye. katanye la... kita tak penah tanam lagi sebab pokok yg sedia ada pun tak sempat2 nak jaga. cube le kengkawan carik2 anak pokok jenis ni.

Monday, March 19, 2012

KIDZANIA KUALA LUMPUR

Salam,
haa, ada lagi satu nak cerita. asyik cerita gaharu je, kali ni kita nak cerita pasal kita anak beranak g Kidzania Kuala Lumpur location di ex curve damansara. dapat tiket free, hehehe... so kita pun pi la nak tengok apa bendanya kidzania tu. meh tengok gambor lagi (dari kamera hanpon yg sama, sebabnye lupa nak bawak camera hehehe...)


 boarding pas

Kidzania International Airport

 mata wang kidzo

 tarian alu-aluan, comel bunga yang kat tengah tu..

 dua beradik tengah belek map, mana nak tuju lepas ni.


 si bujang kita 'keje' as a technician TM instal unifi

 nak jadi pilot, steward/des bole le practice kat sini

 ahli bomba nak pi padamkan kebakaran

 tu dia, tu dia, depa dok padamkan api... yang kat depan tu policeman tengah control trafic le konon...

 si bujang nak jadi 'poslaju men'

 kidnazia's pop corn

 makcik tengah Q nak beli popcorn, kita suke...

 maskot (iye ke maskot??) di kidzania...

best gak, sebab anak2 bole blaja nak jadi apa, nak keje apa, keje ni wat apa. keje tu wat apa. si bujang kita tu walaupun baru umur 16 but since saiz besar, so dia tak le berminat nak cuba banyak job, segan katanye hehe... apapun kami seronok walaupun kami ni bukan 'kanak-kanak rabina' lagi...


TEPI PAGAR (UPDATE)

Salam, salam, salam semua.... haaa, kita nak update pokok tepi pagar kita yg disiarkan pada Mac tahun lepas. tahun ni pokok tu dah besar panjang. meh tengok progress tumbesarannye. selepas setahun, ini lah hasilnye...sori la gambor dak le cantek sebab dari kamera handpon cikai (tp syukur alhamdulillah, ada gak hanpon, daripada tak de langsung...)




dah besar kan pokok2 ni... ada sesapa berminat nak tanam pokok ni? bole kontek kita kalau nak. hari tu ada ambik gambor bunga pokok gaharu ni tp tak tau mana simpan. tak pe, bila2 senang kita update lagi ye.

Wednesday, February 1, 2012

salam bulan februari

salam kepada semua. maaf kerana saya adalah manusia yg malas nak update blog. maaf juga kerana tiada cerita menarik nak dikongsi. mula berblog dulu rasa macam 'eee bestnya ada blog ni' tp lastly rasa mcm 'eee susahnya ada blog ni'. kenapa??? sebab bila cerita tentang gaharu ni, apa lah sangat yg bole diceritakan. nak cerita perkembangan pokok yg ditanam, apa perubahan yg ada kecuali ianye terus tinggi dan membesar (tp ada jugak yg terbantut, tak tau la mana silapnye). pengalaman dgn pokok gaharu ni, ada juga cerita sedih bila pokok diserang ulat. kesian tgk pokok tetiba mati sebab serangan ulat. nak buat macamana kan. tak de rezeki kita. tp tiap kali pergi kebun tgk pokok, jiwa rasa tenang, rasa damai yg sukar untuk diceritakan. bau tanah bukit, kawasan hutan sekeliling yg belum diterokai, udara yg bersih memang betul2 menyegarkan. rasa kepuasan tak terhingga bila dapat berbakti pada tanah.....

Sunday, January 8, 2012

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikom kengkawan semua,
SELAMAT TAHUN BARU 2012 SEMUA. walaupun dah hari ke 9, baru nak ucap selamat thn baru. haaa, semalam kami ke kebun selepas hampir 2 minggu tak pi sebab coti2 malaysia. kesian tengok tanah yg merekah. rasanya dah hampir 3 minggu hujan tak turun. cuaca berangin sampai payung tempat berteduh kami tertonggeng ditiup angin. nasib baik pokok2 nampak ok walau tak hujan. rasanya perkembangan pokok gaharu ni tak la banyak nak dicerita. cuma yang bestnye, on the way to kebun, masih ada lagi orang kampung jual durian. durian kampung, memang sedap. harga pun murah je. kira longgok, selonggok 3or 4 biji, baru rm10. kalau besar, rm20 selonggok. setakat beberapa kali kami beli, rasa tak mengecewakan. tp lupa pulak nak ambik gambor diaorg jual dorian. apa pun, sebenarnya, nak ucap selamat tahun baru. so ade le n3 tahun 2012 ni.

ok la, sampai laen waktu, saya nak g jenguk 'rumah' kwn2 yg lain. nak g 'rumah' mat gebu, pas tu jalan2 'rumah' azlita masam manis, pas tu 'rumah' budak melben..... sampai ketemu lagi. ta taaaa.....