yang sudi singgah....

Tuesday, December 14, 2010

CARA BARU INOKULAN GAHARU

Salam semua,
ehh... lamanye tak update crite kat sini. ok lah, baru-baru ni sapa ada tertengok dalam berita di tv tentang penemuan cara baru untuk inokulan pokok gaharu. sya sempat tengok berita tu pada 7 disember yg lalu. under projek biotech oleh syarikat southern farm villey yg memperkenalkan product baru yg dinama 4 moon booster. info lanjut seperti di bawah ni sya dapt drp laman syarikat tersebut. maaf la kpd southern farm villey sbb sya tak mintak izin cnp kat sini. tapi rasanya tak salah berkongsi ilmu pengetahuan. jom kengkawan tengok kat bawah ni.... kita layannnn.......

4 Moon Booster - A Bio Based Product Solution to Agarwood Trees


Solution for agarwood industry in this country and the rest of world


Faster agarwood harvesting (4 months compared to others – 8 to 12 months)


Able to produce bio-agarwood – essential oil or incense - suitable for medicinal purposes or cosmecuetical products


Able to avoid ruin of agarwood trees by using chemical based inoculants

Locally produced (MADE IN MALAYSIA)


SOLUTION TO AGARWOOD PLANTERS
Inoculant, called 4 MOONS BOOSTER, a bio-based product was developed as a result of smart partnership between Southern Farm Valley Sdn Bhd and Faculty of Chemical Engineering, UiTM.

MARKET
Agarwood planters from Malaysia and Southeast Asia countries

ADVANTAGES

Totally produced from organic materials by using biotechnology method

User and environmental friendly

Low cost and affordable selling prices

Tuesday, November 2, 2010

gambar pokok lagi..


belah sini dah dimesin rumputnye, sebelah sana lom lagi...


close-up my pokok


Tuesday, October 26, 2010

info gaharu yang bole dkongsi...

salam. saya mintak maaf la pd kengkawan yang berkunjung ke sini kalau rumah saya ni tak berapa menarik. saya ni tak pandai nak hias lagi. baru nak belajar. tapi walau apa pun asal kita bole kongsi maklumat, saya akan terus berada di sini.

ok, hari ni kita kongsi info gaharu yang saya dapat daripada web JASBEN PLANTATION. Di sini lah saya mula berkenalan dgn gaharu. Terima kasih banyak kepada Puan Fadliza.....

Haaa.... ini info daripada JASBEN PLANTATION, (sori ye, gambor tak leh nak copy plak...) :

POKOK KARAS, GAHARU DAN KEGUNAANNYA

Kandungan kimia yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma gaharu.

Penggunaan kayu karas dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, sarung senjata, chopstick dan lain-lain. Manakala kegunaaan gaharu banyak kepada upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah manakala di Papua New Guinea menggunakannya sebagai ubat-ubatan tradisional oleh masyarakatnya. Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.

Ciri-Ciri Spesis Aquilaria

NAMA SAINTIFIK

NEGERI / KAWASAN TABURAN SEMULAJADI

CIRI-CIRI

1. Aquilaria Hirta

Sepanjang Pantai timur, Terengganu, Pahang dan Johor

Pokok Kecil dalam lingkungan 15m tinggi, permukaan bawah daun berbulu, daun berbentuk ovate oblong.

2. Aquilaria Beccariana

Kebanyakkan tumbuh di bahagian selatan (Johor)

Pokok sederhana dalam lingkungan 20m, urat kedua daun lebih jelas, daun berwarna kelabu tidak berkilat.

3. Aquilaria Rostrata

Pahang (G. Tahan), habitat gunung.

Urat kedua daun tidak jelas.

4. Aquilaria Malaccencis

Terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak kecuali kedah dan perils.

Permukaan daun berkilat, runcing dan bujur

5. Aquilaria Microcarpa

Johor dan kawasan bakau

Pokok besar dalam lingkungan 36m, buah kecil berbentuk hati.

PENGURUSAN TANAMAN POKOK KARAS

Pokok Karas sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada ketinggian 0 – 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu yang sesuai adalah antara 27°C hingga 32°C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%. Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0.

Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan pembenihan, selalunya pembenihan di lakukan oleh nurseri untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam volume yang besar dan berkekalan. Buah karas dari jenis Aquilaria Malaccencis adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih bagi setiap buah.

Penanaman boleh dilakukan di tanah-tanah persedirian, tanah terbiar, hutan simpan atau tanah kerajaan negeri melalui permohonan. Ia juga boleh ditanam di ladang kelapa sawit, ladang kopi dan kebun di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5 – 8 tahun. Teknik tanaman secara sistem selang atau intergrasi dengan 2 atau lebih tanaman juga boleh dilakukan. Teknik dari pendekatan Agroforestry, Inter-row planting dan Hedge planting juga boleh dilakukan.

Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6 kaki, 10 kaki x 10 kaki, 10 kaki x 15 kaki dan sebagainya. Ia bergantung kepada teknik tanaman secara selang, intergrasi atau sebagainya. Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan keluasan diameter dan kedalaman 0.5 meter. Tanah dipermukaan dipadatkan dengan tangan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah dan elakkan pengaliran air di permukaan (surface water). Kadar pembajaan tidak boleh melebihi 100 gm bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15 sebayak 40 – 50 gm dan TSP sebanyak 40 – 50 gm semasa proses penanaman.

Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50 cm untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja –kerja ini dilakukan dalam 2 – 3 kali setahun sehingga pokok berusia 5 tahun. Pengemburan 2 kali setahun adalah amat baik untuk memberi oksigen ke dalam tanah untuk melancarkan penyerapan makanan oleh pokok.

TEKNOLOGI PENGHASILAN GAHARU

Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5 tahun ke atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu bersesuaian dengan batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang dengan jarak anatara lubang sekitar 20 cm antara satu sama lain. Lubang disumbat dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan lubang tercantum. Selepas dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp, Phytium sp, Lasiodiplodia sp, Libertela sp, Scytalidium dan Thielaviopsis sp.

Gambar 1 : Proses inokulasi pokok karas

Gambar 2 : Contoh kulat/bakteria yang digunakan dalam inokulasi


INDUSTRI PEMPROSESAN GAHARU

Terbahagi kepada dua;

1. Industri Pemprosesan Kepingan Gaharu.

Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Proses yang dipanggil mencuci biasanya akan dilakukan di rumah atau kilang kerana ia mengambil masa yang agak lama. Ia adalah proses membuang sisa kayu dari resin gaharu sehingga ia bersih dan kering. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport. Kepingan gaharu ini digunakan secara dibakar untuk mendapatkan aromanya.

Kebanyakan kerja-kerja mencari dan mencuci gaharu dilakukan oleh orang asli dan penduduk melayu yang tinggal di pingir-pinggir hutan (Kajian Unit Ekonomi Hutan). Biasanya harga yang ditawarkan oleh peraih agak murah kerana kuasa ekonomi mereka dan dijual semula dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Gambar3 : Kayu gaharu yang siap diproses bersih (mencuci) menjadi kepingan dan sedia untuk dipasarkan.

Gambar 4 : Ketulan gaharu yang bernilai tinggi

2. Industri Memproses Minyak Gaharu

Selain gaharu yang dijual secara kepingan dan abu, ia juga diproses untuk dijadikan minyak. Menurut data dari Jabatan Perhutanan, terdapat 12 buah kilang di semenanjung Malaysia pada tahun 2007. Ia terbahagi kepada industri berskala kecil dan besar. Kebiasaan skala kecil mempunyai kurang dari 10 unit dapur dan diusahakan sendiri. Manakala, pada skala besar meraka mempunyai anatara 10 – 80 dapur dan akan mengupah pekerja seramai 2 – 3 orang atau lebih. Mereka juga memerlukan kayu gaharu sehingga 500 kg sebulan bagi menampung permintaan minyak gaharu.

Gambar 5 : Mesin pengisar kayu gaharu

Gambar 6 : Proses memeram sebelum kayu dimasak

Gambar 6 : Minyak gaharu yang terhasil dari proses penyulingan.

Jadual Gred di Pasaran.

Buat masa ini tiada gred yang seragam dan selalunya berbeza mengikut negeri. Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007 yang lalu di Kuala Lipis Pahang.

GRED

Harga (perkilogram)

Super A

RM 25,000 ke atas

Gred A

RM 20,000

Gred B

RM 18,000

Gred C

RM 15,000

Gred D

RM 8,000

Gred E

RM 3,000

Lain-lain Gred

RM 500 – RM 1,000

Gred Kayu untuk Minyak

RM 5 – RM 100

Minyak Gaharu

RM 300 – RM 350/ tola (12gm)

Monday, October 25, 2010

Wednesday, October 20, 2010

Jenis-jenis pokok gaharu

Antara jenis pokok gaharu di Malaysia :

1. Aquilaria Hirta (Pantai Timur Malaysia)
2. AquilariaBeccariana (selatan Malaysia)
3. AquilariaRostrata (Tengah Malaysia)
4. Aquilaria Malaccencis (Seluruh Malaysia)
5. AquilariaMicrocarpa (Selatan Malaysia)

Lain-lain jenis pokok gaharu di Asia :

1. Aquilaria Subintegra (Thailand)
2. Aquilaria Crassna (Kemboja)
3. Aquilaria Apiculata (Philipina) dan banyak lagi....

cara tanam pokok gaharu

salam semua, hari kita kongsi cara macamana nak tanam pokok gaharu. artikel ni dapat daripada utusan malaysia 19/03/10 :

Teknik penanaman gaharu


Kini usaha penanaman pokok karas sedang giat dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara ini.Pada umumnya terdapat dua spesies pokok yang menghasilkan gaharu iaitu pokok karas (Aquilaria spp.) dan cendana (Gyrinops spp.).

Proses terjadinya gaharu apabila pokok yang mengalami luka atau diserang penyakit dan kulat yang menjangkiti pokok tersebut merebak ke dalam jaringan pembuluh kayu (vesel).
Untuk terus hidup, kulat tersebut akan menggunakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya atau makanannya secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurang atau terhentinya penghantaran makanan kepada daun.

Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuluh kayu.
Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan resin atau damar wangi yang dinamakan gaharu dan apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri.

Pokok karas yang mengeluarkan gaharu adalah dari famili Thymelaeceae yang mana terdapat 25 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia.
Di Malaysia terdapat lima spesies utama iaitu; A. malaccensis, A. hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. microcarpa.Terdapat tiga spesies kurang dikenali termasuk A. brachyanta, A. cumingiana dan A. crassna.

Menurut Pensyarah Fizik Kayu, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, beberapa faktor harus dipertimbangkan dalam usaha penanaman pokok karas secara perladangan.
"Antaranya adalah, pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah penanaman, kaedah suntikan dan pasaran. "Ia juga harus dinilai untuk meminimumkan risiko yang ada bertujuan mendapat hasil yang maksimum selepas tujuh tahun penanaman," katanya.

Pertama, dari segi pemilihan anak benih sering menjadi persoalan.
Terdapat dakwaan bahawa spesies A lebih baik dari spesies B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal.
"Kita seharusnya meneliti semula kawasan penanaman kerana pokok karas memerlukan habitat yang unik berbanding dengan pokok lain," katanya.

Katanya, pokok yang sihat dan membesar dengan cepat biasanya menghasilkan gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit, 'stres' dan cedera.
"Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu.
"Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran dan spesies yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi.
Spesies Aquilaria malaccensis merupakan salah satu spesies yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

"Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6 kaki x 6 kaki atau 10 kaki x 10 kaki menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar," ujarnya. Tambah beliau, penanaman secara integrasi adalah lebih meminimumkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Jelas Mohd. Zin, boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontan dan jarak tanaman harus sesuai dengan keadaan tanah. Selepas pokok karas mencapai usia lima tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk merangsang penghasilan gaharu dan dibiarkan selama dua tahun sebelum mendapat hasil yang optimum.

"Tanpa pendekatan ini pokok karas tidak mampu membentuk gaharu di dalamnya kerana dalam keadaan dengan semulajadi, gaharu terbentuk apabila pokok mencecah usia 20 - 40 tahun melalui kecederaan fizikal atau serangan mikro organisma," katanya. Menurut Mohd. Zin, pokok karas sesuai ditanam di kawasan dataran rendah dan pergunungan pada ketinggian antara dan 750 meter (m) dari aras laut. "Purata taburan hujan kurang dari 2000 sentimeter (sm) setahun dan suhu paling sesuai adalah antara 27-32 darjah Celsius dan cahaya matahari antara 45-70 peratus. "Pertumbuhan pokok mampu mencapai ketinggian antara 25 dan 40 meter dan diameter antara 60-80 sm pada ukur lilit," katanya. Tanah yang sesuai bagi penanaman pokok karas adalah dari jenis lempung dan liat berpasir dan pH tanah antara 4. - 6 pH. Penanaman boleh dijalankan di tanah persendirian, hutan simpan dan tanah kerajaan melalui dua kaedah tanaman iaitu; Kaedah Monokultur

Tanaman ini dilaksanakan dengan jarak tanaman 3 x 3m dengan jumlah sebanyak 1000-13000 pokok sehektar. Ada juga yang ditanam dengan jarak tanaman 2 meter x 2 meter dengan jumlah yang boleh mencapai 1600 batang pokok sehektar. Kaedah tanaman Selingan Pokok karas juga boleh ditanam di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5-8 tahun seperti di ladang kelapa sawit, ladang getah, ladang Kopi, ladang Acacia secara tanaman berselang.

Tuesday, October 19, 2010

cakap pasal jenis gaharu

bila cakap pasal gaharu, banyak jenis di Malaysia, Thailand, Kemboja, Indonesia dll. ada yang good quality, ada yang sedang-sedang dan ada yang rendah kualiti. Kualiti yang terbaik akan menjana hasil yang lumayan. kami menanam banyak jenis Sub-Intergra, crassna dan sedikit malacensis. ikut pengalaman kami, jenis sub-intergra mudah untuk membesar. jaga rumputnye, jaga bajanye dan pengairannya, InsyaAllah hidup kecuali diganggu anasir-anasir luar seperti babi hutan atau saudara monyet di hutan. tanam pokok ni penat, tapi menyenorokkan bila tengok ianya membesar.

Sunday, October 17, 2010

pokok dah besar sket...



pelangi lepas hujan...

masa mula pasang pagar...

pokok dah besar sket


salam. lama tak update gambar. kita share gambar masa pasang pagar kat kebun, masa pelangi tetiba muncul lepas hujan dan pokok yg dah besar sket dr dulu...

Monday, July 12, 2010

salam perkenalan




salam kepada semua pengujung,

melalui blog ni, saya harap kengkawan yang berminat, bercadang atau yg sedang mengusahakan tanaman gaharu boleh berkongsi ilmu dan pengalaman.
semua anak-anak pokok di atas ditanam pada pertengahan 2008. sekarang anak-anak ni semua dah besar dan tinggi.