yang sudi singgah....

Thursday, December 8, 2011

salam hujung tahun 2011

salam, salam, salam semua.... lamanye tak update. Banyak sebab saya tak update blog ni. Antaranya :

1. tak de banyak crite nak crite.
2. saya memang tak pandai nak bercerita.
3. saya juga memang tak pandai nak 'touch-up'2 blog ni supaya lebih cantek dan menarik.
4. bila tak de bahan, lagi le tak leh nak update.
5. last sekali kot, masalah komptr yang leceh

walaubagaimanapun, saya nak ucap banyakkkkkkk terima kasih kat kak jee sebab sudi jadi follower saya walaupun 'kebun' ni malap dan lembab. selembab cuaca kat luar tu. sebenarnya saya segan bila tgk list follower tu kak jee salah seorang darinya. malunyee saya sebab saya bukan seorang penulis yang hebat dan tak banyak cerita yang saya dapat kongsikan. kak jee nak tau, saya selalu ke 'dapur' kak jee jenguk kot2 ada resepi yang boleh diaplikasikan.... saya penah wat sos tauhu bakar kak jee. memang marvelos. semua family members saya suka. anak2 suka, suami suka, kawan2 pun suka. makasih banyak kak ye. saya juga suka dengan berita2 yang kak jee post. iyelah wartawan kan, jiwa menulis tu sentiasa membara. betul tak kak jee?

sebenarnya saya pun tak pasti nape saya create 'kebun' ni. kadang-kadang rasa ada 'rasa' yang nak dikongsi, kadang-kadang rasa tak de benda langsung nak share. walau apa pun, bila ada kesempatan saya akan cuba berkongsi . cerita terbaru 'kebun' saya, adalah cerita sedih. pokok2 saya ada yang kena serangan ulat. sian pokok2 tu. ada yang patah tiba2. so kena la kami wat operasi meracun ulat. so far nampak dah ok gak coz dah mula keluar pucuk2 baru. moga2 ulat2 tu menjauhkan diri daripada pokok2 saya.

ok la. rasanya dah cukup panjang. InsyaAllah, lain kali saya laporkan perkembangan seterusnya. saya mohon, rakan2 yang datang ke 'kebun' saya ni, doakan agar mak saya sihat semula kerana baru2 ni mak saya ada ketumbuhan dalam paru2 dia. selama ni dia sihat (tak ada kencing manis dan darah tinggi) walaupun umur dah 70thn lebih. InsyaAllah saya sekeluarga akan terus berusaha mengubatinya.

saya mohon undur diri dulu kengkawan. InsyaAllah tahun baru nanti kita jumpa lagi. 




Monday, March 14, 2011

Tepi pagar







salam semua, lamanye tak update. nak masukkan cover buku pun tak sempat nak scan. tp tak pe, maybe next time. ni ada sket gambar anak pokok yang ditanam tepi pagar. utilize semaksima bole tanah yg ada.... 2 minggu lepas kami membaja. last week pi, tengok pucuk2 muda baru kuar. cantek. kesian pokok, lama tak kasi makan...




Yang ni pulak, gambar pemandangan banjaran puncak genting. kalau cuaca baik, nampak clear puncak genting ni.
anak-anak sedang membersihkan tunggul-tunggul kayu....
sori la gambar tak brapa cantek. tak de dslr... guna apa yg ada. hndpon camera.

Sunday, January 16, 2011

Selamat Tahun Baru

Salam, salam, salam kengkawan.

selamat tahun baru.... dah terlambat ke??? sori la, lama tak update N3. hujung-hujung tahun selalunye sibuk or buat-buat sibuk. ok, hari ni nak share sket info. ada satu buku mengenai industri gaharu. Tajuk buku "Merungkai khazanah rimba..... Industri Gaharu Malaysia - Cabaran dan prospek". buku ini diterbitkan oleh Malaysian Timber Industry Board (MTIB). Harga RM18 je. bagi yang nak kenal-kenal apa itu gaharu, bole lah cari buku ni. Ibupejabatnya kat Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur. saya nak attach gambar buku tu tp tak sempat nak scan. InsyaAllah, next time bila ada kesempatan saya akan letakkan gambornye. cukup kot utk kali ni. mungkin esok atau esok, atau esok lagi, lagi, dan lagi dan lagi... saya akan bercrite lagi.

selamat bergaharu... moga Allah memberkati usaha-usaha kita dalam mencari rezeki yang halal dan diredhaiNya.... amin....