yang sudi singgah....

Sunday, January 8, 2012

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikom kengkawan semua,
SELAMAT TAHUN BARU 2012 SEMUA. walaupun dah hari ke 9, baru nak ucap selamat thn baru. haaa, semalam kami ke kebun selepas hampir 2 minggu tak pi sebab coti2 malaysia. kesian tengok tanah yg merekah. rasanya dah hampir 3 minggu hujan tak turun. cuaca berangin sampai payung tempat berteduh kami tertonggeng ditiup angin. nasib baik pokok2 nampak ok walau tak hujan. rasanya perkembangan pokok gaharu ni tak la banyak nak dicerita. cuma yang bestnye, on the way to kebun, masih ada lagi orang kampung jual durian. durian kampung, memang sedap. harga pun murah je. kira longgok, selonggok 3or 4 biji, baru rm10. kalau besar, rm20 selonggok. setakat beberapa kali kami beli, rasa tak mengecewakan. tp lupa pulak nak ambik gambor diaorg jual dorian. apa pun, sebenarnya, nak ucap selamat tahun baru. so ade le n3 tahun 2012 ni.

ok la, sampai laen waktu, saya nak g jenguk 'rumah' kwn2 yg lain. nak g 'rumah' mat gebu, pas tu jalan2 'rumah' azlita masam manis, pas tu 'rumah' budak melben..... sampai ketemu lagi. ta taaaa.....

No comments:

Post a Comment