yang sudi singgah....

Wednesday, September 19, 2012

baru ku tahu....

salam semua.
lama kita mnyepi. banyak yg terjadi dalm tempoh kita tak bersiaran.lama kita perhatikan, semakin banyak yang kita boleh simpulkan. kita bukanlah orang yang layak berblog. banyak kekurangan dalam diri ini, dalam kehidupan sehari2, dalam apajua jika dibanding dgn rakan bloggers yg lain. betapa jauhnye jurang antara kita dgn yg lain. sebenarnya kita rasa dah nak tutup blog ni pada ulangtahun pertama bulan julai yang lalu. tp tak berkesempatan nak wat. kita tak sehebat rakan2 lain dalam bercerita, dalam aktiviti semasa dalam segalanye la. mungkin selepas ni tak de lagi cerita dr kita. tak de lagi post terkini dr kita. hanya waktu dan keadaan yang akan menentukan.

antara peristiwa yang berlaku dalam tempoh lebih kurang 5 bulan kita tak menjengah di sini ialah, kita kehilangan orang yang disayang sebelum raya yang lepas.bukan sorang tapi dua orang. kedua2 mak dan abah kita meninggal dalam tempoh 38 hari. arwah abah meninggal pada16 jun 2012 dan arwah mak mengikut pada 23 julai iaitu 3 ramadhan yang lalu. sedih sangat2 tapi nak wat macamana. siapa lah kita untuk melawan takdir. mujur ada suami dan anak2 penguat semangat. tiada sambutan hari raya wat kita. tak de lagi rendang ayam mak yang selalu masak, dimakan dengan ketupat yang kita rebus. tak de lagi lemang yang abah bakar di petang raya. semua tu kini tinggal kenangan.

rasanye cukup la untuk kali ni. kita tak leh nak tulis lagi. mata kita dah pedih. dah tak nampak screen, dah kabur....semoga arwah abah dan mak kita sejahtera di sana, amin.
terima kasih kerana sudi singgah di sini.

3 comments:

  1. Assalam Anna,
    baru pertam kali singgah kesini..salam takziah buat Anna & family..semuga Anna redha dan semuga juga roh kedua orang tua anna dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman..Insyallah. Alfatiha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ayu. Terima ksh byk singgh sini yg serba kekurangan. Terima ksh atas segalanya. Dr Allah kita dtg, kpdNya jua kita kembali. Mmg redha dgn apa yg berlaku tp terasa sgt kesunyiaan dan kekosongan ini sbb arwah mak dan abah tinggal bersama kami. Terima ksh sekali lg..

      Delete
  2. Assalam anna,
    setahu kita gaharu wood ni sejenis pokok yang berharga kan?..it can cost a few thousand kalau get a good tree..kita ni tengok kat tv ada documentary on those people yang tanam pokok ni for living..kalau tak salah kat sabah or sarawak yang banayk ..betul ke?..

    ReplyDelete